Refleksi SCE3110

Refleksi
Assalamualaikum…Pertama dan selamanya, saya memanjatkan jutaan rasa sjukur ke hadrat Ilahi untuk segala-galanya. Pada semester kali ini, SCE 3110 bumi dan Angkasa telah menjadi salah satu subjek major. Subjek ini adalah salah satu subjek sains berkatan kajian bentuk muka buni dan angkasa. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan bertarikh 13 january 2011. Tiga topik utama telah menjadi pilihan bagi menyiapkan tugasan tersebut iaitu, Mengenal batuan, Awan dan Pergerakan Bintang-bintang.
Setelah membaca soalan dan menghadiri taklimat kerja kursus, saya dapat fahami bahawa tiga peringkat pembelajaran ditekankan dalam tugasan ini. Peringkat pertama iaitu A, peringkat pemerolehan ilmu. Dalam tugasan ini, kami telah diminta untuk mengumpul maklumat dari pelbagai sumber iaitu buku, internet, jurnal dan sebangainya mengenai topic yang telah diberi. Disini, pemerolehan ilmu dipastikan dengan setiap individu dikehendaki untuk menyiapkan peta minda dari maklumat yang telah dikumpul.
Dari itu, tugasan yang diberikan telah member cabaran pertama kepada saya dimana saya harus berfikir secara analitik dan saintifik bagi memilih isi-isi penting yang terdapat dalam maklumat-maklumat tersebut. Peta konsep dan peta minda yang dibina hendaklah berdasarkan pemahaman kita sendiri dan diterjemahkan dalam bentuk nota ringkas. Disini, saya telah mengenal pasti kelemahan awal saya dimana saya memerlukan masa yang lama untuk berfikir, dan memulakan tugasan. Saya kekurangan keyakinan diri untuk memulakan tugasan. Saya sepatutnya lebih banyak bertanya kepada penyarah pembimbing agar permulaan saya lebih teratur.
Bagi memenuhi kreteria tugasan, kami menguasai peringkat pembelajaran B iaitu penguasaan ilmu. Untuk tugasan ini, kami dikehendaki menjalani tiga amali penting berkaitan dengan topik seperti yang telah dijelaskan. Saya telah menjalani ketiga-tiga eksperimen tersebut walaupun menghadapi beberapa masalah teknikal seperti cuaca yang tidak menentu ketika membuat eksperimen awan. Penguasaan ilmu dipastikan dengan menyiapkan laporan bertulis bagi setiap eksperimen yang telah dijalankan. Hal ini dapat melatih kemahiran. saya dalam menjalani ekperimen dan membentuk sifat dan peribadi bercirikan pelajar sains. Penguasaan ilmu secara practikal sudah tentu terjadi. Aktiviti ‘Hands on’ memang baik untuk pelajar. Dengan aktiviti sebegini, segala teori dapat dijelaskan dan tanpa disedari saya dapat memahami tajuk yang telah dipelajari dengan lebih mendalam. Dari data yang diperolehi, ianya dianalisa dan ditafsirkan dalam bebrapa bentuk tertentu bagi memenuhi kehendak eksperimen dan mudah difahami. Walaupun samua eksperimen tersebut boleh dikatakan Berjaya, namun ia berjalan dengan kurang lancar. Pengajaran yang saya dapat ambil dari kejadian ini ialah, bersiap sedia lebih awal sebelum menjalani eksperimen seperti membaca dan mengulangkaji.
Bagi peringkat pembelajaran pemindahan ilmu (C), kami secara berkumpulan telah menjalani satu akitiviti untuk memantapkan lagi ilmu pedagogi bagi mengaklami tahap dan perassan murid terhadap pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan ialah membina satu model gunung berapi. Dengan gabungan beberapa bahan cecair seperti cuka, sabun pencuci dan juga bahan kimia, usaha kami membuahkan hasil apabila letusan dapat. Aktiviti yang menarik ini patut diteruskan di mana kami sendiri menjalini aktiviti murid. Ianyan dapat member idea kepada guru-guru pelatih bagi menyediakan aktiviti kepada murid mereka. Aktiviti hands-on ini dapat menarik minat pelajar terhadap kandungan pelajaran dan pembelajaran berkesan dapat berlaku.
Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya telah berusaha untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan upaya yang ada. Masalah demi masalah dihadapi dengan cara tertentu. Banyak pengajaran yang diperolehi dari tugasan ini, antaranya, setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan masa itu sendiri. Saya cukup berharap agar tugasan ini dapt diterima seadanya. Disini saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepda Penyarah saya iaitu En. Rosdi Bin omar atas dorongan beliau dan semua yang terlibat. Terim kasih.
SAYED MIZANUDDIN BIN SAYED MOHAMAD
890128-11-5497