BIG sem 4 ( Pulau Perhentian)

LAPORAN BIGSIRI 4 FASA 2 2010

Pada 28-31 Julai 2010, Program BIG bagiFasa 2 tahun 2010 telah dijalankan di Pulau Perhentian. Semua guru pelatih PISMP Semester 4 telah diwajibkan untuk mengikuti program tersebut.Program Bina Insan Guru kami pada kali ini bertemakan aktiviti perkhemahan dan aktiviti khidmatkomuniti pendidikan. Program ini disertai seramai 69 orang peserta.

Sebelum program bermula, mesyuarat pertamatelah diadakan untuk memilih ahli jawatan kuasa bagi program BIG kali ini. Kerana terlalu ramaipeserta, program kami telah dibahagikan kepada dua fasa.Bagi fasa pertama, program ini telah disertai oleh pelajar daripada unit RekabentukdanTeknologi 1 dan 2, PengajianSosial 1 dan Pengajian Sains 2. Manakala bagi fasa ke dua pula ialah unit Pengajian Pemulihan, PengajianSosial 2 danPengajianSains 1.

Padamesyuarat yang pertama kami telah melakukan proses perlantikan Ahli Jawatan kuasa bagi memastikan Program BIG kami ini berjalan dengan lancar. En Jaffri sebagai pensyarah yang bertanggungjawab menguruskan program ini telah melantik saudara Mohd Azlan dari unit PengajianReka bentuk danTeknologi 2 untuk menjadi ketua bagi fasa pertama dan saudara Wan Norlail dipilih untuk menjadi ketua bagi fasa kedua. Selepasitu, kami telah mengadakan beberapa lagi mesyuarat untuk menjamin kelicinan dan keberkesanan program BIG ini supaya tiada masalah yang timbul ketika berada di sana.Walaupun hamper ke semua diantara kami tidak pernah berkunjung ke pulau tersebut, kami boleh membuat gambaran melalui penerangan rakan kami yang telah melakukan program yang sama di sana ketika fasa pertama selain daripada rakan senior yang berpengalaman berkunjung ke pulau tersebut.

Bagi peserta program BIG fasa yang kedua, kami bertolak pada hariKhamis, 29 Julai 2010 dengan menaiki bot di Jeti Kuala besut.Kami telah diiringioleh 3 orang tutor, 3 orang pensyarahdan 2 orang pegawai HEP.

Khamis, 29 Julai 2010

Seawal jam 7.00pagi kami telah berada di depan Dewan Bendahara bagi membuat persiapan terakhir sebelum berangkat keJeti Kuala Besut. Perjalanan pertama bas telah menghantar pelajar keJeti Kuala Besut pada pukul 8.00 pagi.Setelah semua pelajar tiba di Jeti Kuala Besut, kami terus diarahkan untuk menuju ketempat menunggu di jeti kerana pada pukul 9.00 trip pertama bot yang menghantar kami akan bergerak menuju ke Jeti PulauPerhentian. Perjalanan kami mengambil masa selama 30 hingga 40minit untuk sampai ke Pulau Perhentian.

Setibanya kami di JetiPulauPerhentian, kami diminta untuk berkumpul bagi mamastikan bilangan peserta cukup.Pada jam 10.00 pagi, semua peserta selamat tiba di Jeti Pulau Perhentian. Sebelum memulakan sebarang aktiviti, kami diberi taklimat oleh pegawai HEP yang bertanggungjawab memastikan keselamatan dan keperluan kami mencukupi.Amanat dan pesanan yang diberikan amatlah berguna sepanjang kami berada di sana. Taklimat bekisar tentang keselamatan peserta dan beberapa peraturan yang ditetapkan agar tidak timbul masalah sepanjang program BIG ini berjalan.

Aktiviti pertama setelah tiba di Pulau Perhentian adalah membina khemah sebagai tempat penginapan kami.Kami berterima kasih terhadap SK PulauPerhentian yang sudi memberikan kami kawasanuntuk mendirikan khemah.Selain daripada itu, kami juga dibenarkan untuk menggunakan seluruh kawasan sekolah tersebut untuk melakukan sebarang aktiviti sepanjang program kami ini. Kemudahan tandas dan kawasan tempat penginapan sangat-sangat memuaskan hati kami sebagai para peserta Program BIG kali ini.Kami menganggap itu sebagai satu penghormatan terhadap tetamu yang berkunjungke “rumah” mereka.

Setelah selesai membina khemah, aktiviti seterusnya adalah Majlis Perasmian Program BIG Siri 4 Fasa 2 Tahun 2010.Majlis ini dirasmikanoleh Guru Besar SK Pulau Perhentian, En Abdul Munim @ Muin b. Che Daud.Setelah majlis perasmianselesai, kami diberikan masa untuk rehat sambil mengemas barang-barang keperluan yang tidak sempat dikemas sebelum majlis perasmian. Tepat jam 1.00 petang semua peserta berkumpul di kantin sekolahuntuk makan tengahari. Selepa situ,semua peserta telah menunaikan solat Zohor secara berjemaah di Dewan Batin Mina iaitu dewan terbuka Sk Pulau Perhentian. Selepas solat Zohor, para peserta diberi taklimat secara ringkas mengenai aktiviti yang akan diadakan sepanjang program ini berjalan oleh pengerusi program, saudara Wan Norlail. Penyusunan semula aktiviti mengikut kawasan yang sesuai dan bilangan murid di tentukan ketika sesi taklimat ini.

Tepat jam2.30 petang, semua peserta berkumpul di Dewan Batin Mina untuk aktiviti yang seterusnya. Aktiviti yang akan dilaksanakan ialah “Explorace” dan mewarna. Murid yang terlibat dengan aktiviti ini dikumpulkan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dibantu oleh 2 orang fasilitator yang terdiri daripada peserta Program BIG. Bagi aktiviti ini, setiap kumpulan akan bertanding untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam masa yang paling singkat. Setiap kumpulan harus bergerak mencari ‘checkpoint’ yang telah ditetapkan di beberapa kawasan yang dipilih. Di setiap ‘checkpoint’, mereka akan diberikan tugasan untuk diselesaikan dan mereka hanya boleh bergerak ke ‘checkpoint’ yang seterusnya setelah berjaya menyiapkan tugasan tersebut.

Aktiviti yang seterusnya ialah akiviti sukaneka. Aktiviti bermula pada pukul 5.30 petang di kawasan padang bola sepak pantai yang terletak bersebelahan dengan kawasan sekolah. Semua murid dikumpulkan dan dibahagikan kepada kumpulan mengikut kelas masing-masing. Acara yang telah diadakan ialah mencari gula-gula di dalam tepung, mengisi air dalam botol dan sebagainya. Semua murid kelihatan begitu gembira dan puas apabila semua murid diberikan ganjaran sebagai tanda penghargaan kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan. Aktiviti sukaneka ini tamat pada jam 6.15 petang dan para fasilitator serta murid-murid kembali bergerak ke kawasan sekolah untuk makan malam.

Pada jam 7.30 malam para peserta bergerak ke masjid yang berdekatan untuk solat fardhu Maghrib. Solat fardhu Maghrib ditunaikan secara berjemaah bersama penduduk kampung di situ. Selesai solat, bacaan Yasin diketuai oleh Mohammad Ashraf. Penglibatan kerohanian kami di sana sangat mendapat sambutan oleh masyarakat setempat.Selesai bacaan Yasin, para peserta menunaikan solat fardhu Isyak. Selesai menunaikan solat, para peserta bergerak ke Dewan Batin Mina bagi memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu Latihan Dalam Kumpulan yang melibatkan Kemahiran Interpersonal. Dalam LDK ini, kami dibahagikan dalam kumpulan yang dipilih secara rawak. Kami membincangkan tajuk yang diberikan iaitu Langkah dan Kaedah Menangani Masalah 3M. Setelah selesai berbincang, para peserta membentangkan hasil perbincangan. Waktu yang singkat menyebabkan hanya beberapa kumpulan sahaja yang berpeluang untuk membentangkan hasil perbincangan. Aktiviti tamat pada jam 11.00 dan taklimat untuk aktiviti keesokan harinya diadakan sebentar bagi melicinkan perjalanan program kami pada esok hari.

Nasib kami kurang baik apabila dengan tiba-tiba angin bertiup kencang. Beberapa buah khemah sudah ranap ditumbangkan angin. Memandangkan cuaca yang mula berangin dan dijangka hujan akan turun, para peserta diarahkan untuk tidur di kawasan yang telah ditetapkan. Khemah yang telah dipasang pada siang hari diruntuhkan kembali bagi mengelakkan ia patah dan diterbangkan oleh angin. Para peserta lelaki ditempatkan di bilik JQAF dan asrama yang terdapat di sekolah tersebut manakala para guru pelatih perempuan ditempatkan di surau.











Jumaat, 30 Julai 2010

Semua guru pelatih bangun dan menunaikan solat subuh secara berjemaah. Setelah selesai solat subuh, Ustaz Hamid dari Jabatan Pengajian Islam dan Moral IPG KSM telah mengambil alih untuk aktiviti tazkirah subuh. Pada pukul 7.00 pagi, semua guru pelatih berkumpul di kantin untuk makan pagi. Setelah selesai, semua guru pelatih bersiap-siap untuk melaksanakan program ‘Jungle Trekking’. Aktiviti bermula dari pukul 8.00 pagi. Guru pelatih akan berjalan bermula dari sekolah hingga ke kawasan Long Beach. Perjalanan kami menjadi lebih mencabar dengan keadaan jalan yang licin kerana hujan lebat telah turun pada malam sebelumnya. Para peserta mula berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Perjalanan mengambil selama 1 jam setengah. Setelah berhempas pulas, para peserta mula tiba di Long Beach. Pantai ini merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal di pulau ini. Para pelancong juga boleh mendapatkan perkhidmatan teksi di sini untuk bersiar-siar sekeliling pulau. Selain itu, perkhidmatan ‘scuba diving’ dan ‘snorkelling’ ada disediakan bagi pelancong yang berminat untuk melihat hidupan laut di pulau ini. Chalet-chalet juga turut terdapat di kawasan pantai pulau ini.

Setelah beberapa minit berehat disitu, pada pukul 10.00 kami bertolak pulang ke kawasan sekolah. Terdapat beberapa peserta yang meminta kebenaran untuk pulang dengan menaiki bot akibat keletihan tetapi setelah perbincangan dibuat, kami sepakat untuk meneruskan perjalanan balik dengan hanya berjalan kaki dengan alasan aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental guru pelatih. Perjalanan pulang ke sekolah lebih perlahan kerana kami berasa sangat penat dan kehabisan tenaga. Setelah hampir 2 jam berjalan, akhirnya kami sampai di perkarangan sekolah dengan selamat. Setibanya di kawasan sekolah, para peserta mengambil peluang untuk berehat seketika. Para peserta lelaki mula bergerak ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Setelah selesai menunaikan solat fardhu Jumaat, para peserta bergerak ke kantin untuk menikmati makan tengah hari yang telah disediakan oleh peserta perempuan.
Tepat pada pukul 3.15 petang, para peserta bertolak ke Pulau Perhentian Besar untuk mendengar ceramah yang diadakan oleh Jabatan Taman Laut.Perjalanan mengambil masa selama 5 minit dari Perhentian Kecil ke Perhentian Besar. Ceramah yang disampaikan adalah berkenaan dengan peranan dan fungsi Taman Laut oleh Mr Magen. Pada pukul 5.00 petang, kami mula berkumpul di jeti untuk bertolak pulang ke tempat penginapan kami. Ceramah yang diberikan sedikit sebanyak telah membuka mata kami tentang betapa pentingnya peranan Taman Laut dalam menjaga pulau-pulau yang terdapat di negara kita dan juga kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sama-sama berganding bahu menjaga ekosistem pulau-pulau tersebut.

Para peserta yang telah tiba di Perhentian Kecil mula menyiapkan diri untuk makan malam dan solat fardhu Maghrib. Selesai makan malam di kantin, para peserta menunaikan solat fardhu Maghrib di dewan terbuka sekolah secara berjemaah. Selesai solat, aktiviti halaqah berlangsung. Ia dikendalikan oleh Ustaz Hamid. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Perbincangan dilakukan berkenaan dengan tanggungjawab seorang muslim atau muslimin untuk berdakwah mengenai agama Islam. Setelah berbincang, seorang wakil dipanggil ke hadapan untuk menceritakan hasil perbincangan sebentar tadi. Selesai aktiviti halaqah, solat fardhu Isyak ditunaikan secara berjemaah.

Setelah aktiviti solat berjemaah selesai, para peserta bersiap-siap untuk aktiviti LDK yang kedua. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan pada kali ini bertemakan Interpersonal. Para guru pelatih diminta untuk memilih seorang pasangan dan setiap orang diberikan borang interpersonal untuk diisikan mengenai pasangan yang telah dipilihnya. Selesai borang diisikan, beberapa orang peserta yang sukarela untuk membentangkan mengenai pasangan mereka tampil ke hadapan. Aktiviti ini dilakukan dalam keadaan santai sambil peserta bergelak ketawa dengan hasil pembentangan yang melucukan. Aktiviti selesai pada jam 11.00 malam dan para peserta bersiap untuk melelapkan mata.


Sabtu, 31 Julai 2010
Seperti biasa, para peserta bangun untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan setelah selesai, Ustaz Hamid telah memberi sedikit tazkirah. Setelah itu, para peserta bergerak ke kantin untuk sarapan pagi. Selesai sarapan pagi, para peserta diarahkan untuk membersihkan dan mengemas khemah yang telah digunakan kerana hari ini merupakan hari terakhir kami disini.

Para peserta mula bergerak ke dewan terbuka sekolah untuk sesi refleksi setelah selesai mengemas khemah. Dalam sesi ini, para peserta meluahkan perasaan dan pendapat masing-masing tentang aktiviti yang telah dijalankan. Pelbagai respon telah diberikan oleh para peserta dan kebanyakannya adalah respon yang positif. Pengurus projek BIG Siri 4 Fasa yang ke-2 iaitu Wan Norlail sangat berpuas hati dengan penglibatan kami semua dan beliau amat berbangga dengan kerjasama yang kami tunjukkan dalam melicinkan lagi perjalanan program BIG kami ini. Setelah selesai sesi refleksi, kami bergotong royong membersihkan kawasan sekitar sekolah. Para peserta membersihkan kawasan sekitar sekolah bagi memastikan kawasan yang telah digunakan berada seperti sediakala.

Majlis Penutupan Program Bina Insan Guru Siri 4 Fasa 2 telah bermula pada pukul 11.00 pagi. Setelah semua guru pelatih berkumpul, majlis pun bermula. Sesi ucapan dari Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar memulakan majlis. Diikuti dengan ucapan oleh Kem Komandan serta para pensyarah pengiring. Ucapan terakhir disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian dan seterusnya merasmikan majlis penutupan.

Selesai sahaja majlis penutupan, kami terus bergerak ke jeti untuk bertolak pulang. Perjalanan pulang kami diharapkan lebih cepat kerana tidak sabar untuk merehatkan badan yang terlalu penat. Namun begitu, pengalaman yang berharga sepanjang berada di SK Pulau Perhentian tidak dapat kami lupakan. Setelah tiba di Jeti Kuala Besut, kami memunggah peralatan yang dibawa dan bas institut sudah tersedia untuk membawa kami pulang.
REFLEKSI BIG SIRI 4 FASA 2 2010

Syukur Alhamdulillah dengan Izin dan RahmatNya, akhirnya saya dapat menyertai program BIG Siri 4 Fasa 2 ini dengan jayanya. Bukan setakat menyertai, malah saya berjaya melatih diri menjadi fasilitator iaitu pembimbing kanak-kanak ketika berada di SK Pulau Perhentian. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pensyarah pengiring dan beberapa orang pegawai HEP yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan selain daripada menjaga keselamatan kami sepanjang berada di sana dan juga kepada tutor saya Cik Roshidah bt Mat yang turut menemani dan bertindak sebagai penilai.Dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang beliau diberikan, kami semua berjaya menjalankan program BIG kali ini dengan lancar dan berkesan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan saya terutama daripada kelas Sains 1 semester 4 kerana sokongan dan dorongan yang mereka berikan sepanjang berada di sana. Saya diberi tanggungjawab sebagai ahli jawatan kuasa aktiviti, oleh itu saya dapat melatih diri menjadi seorang pemimpin. Saya berterima kasih kepada saudara Wan Norlail yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu beliau kepada saya dalam pengurusan. Sesungguhnya rakan-rakan adalah pendorong utama saya untuk menjadikan diri lebih baik.

Sepanjang menjalani program BIG ini, memang banyak dugaan dan cabaran yang ditempuhi. Contoh pertama ialah ketika tiba di Jeti Pulau Perhentian. Kami dapat merasakan keadaan cuaca di sana amatlah berbeza daripada kebiasaannya. Keadaan di pulau sangat panas hinggakan ketika waktu malam pun masih terasa bahangnya. Kami terpaksa tidur dalam kepanasan. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti yang diadakan juga mempunyai cabaran tersendiri. Sebagai contoh, kepenatan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ketika aktiviti ‘Jungle Trekking’ daripada kawasan perkarangan sekolah menuju ke ‘Long Beach’. Dengan keadaan laluan yang licin, cuaca panas terik dan perjalanan yang memakan masa hampir dua jam, memaksa kami mengerah tenaga untuk sampai ke ‘Long Beach’ dan berjalan pulang ke kawasan perkarangan sekolah. Bagi saya sendiri, aktiviti itu amatlah mencabar fizikal dan mental saya selaras dengan objektif program BIG ini diadakan iaitu menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.

Oleh itu, secara tidak langsung saya telah mendapat ilmu pengetahuan yang baru dan cukup bermakna untuk diri saya dalam menempuhi alam pendidikan di masa yang akan datang. Saya akan cuba sebaiknya menggunakan dan mengaplikasikan segala ilmu yang saya perolehi di dalam program BIG ini dan seterusnya menerapkannya ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alhamdulillah, dengan itu akan tercapailah niat saya untuk menjadi seorang guru yang dapat melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja tinggi ilmunya, malahan mempunyai sahsiah peribadi yang cemerlang dan mulia.