lapora Persatuan sains sem 6

LAPORAN KAJIAN LAPANGAN PERSATUAN SAINS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

Pada semester kali ini saya dan rakan –rakan telah diwajibkan untuk menyertai Persatuan Sains WAJ 3113. Persatuan Sains ini merupakan satu elemen wajib bagi semua guru pelatih yang menjalani kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk melahirkan insan guru yang berpengetahuan, berketrampilan dan berdaya saing . Oleh itu, satu lawatan telah dirancang bagi mereleasasikan hasrat tersebut.
Persatuan Sains Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan telah menganjurkan beberapa Program kajian lapangan bagi guru pelatih Semester 6.pada 24/9/2011, 1/10/2011 dan 8/10/2011. Mereka yang terlibat adalah dari Unit Sains 1 dan Sains 2.Aktiviti ini dijalankan di sekitar kawasan pantai Bukit Keluang. .Aktiviti-aktiviti ini adalah aktiviti wajib bagi setiap guru pelatih yang menyertai persatuan Sains bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan melihat dan membandingkan kelebihan yang tidak dapat kita perolehi di dalam bilik darjah dengan memerhati dan menyelidik flora fauna serta ekosistem yang terdapat di sekeliling kita. Objektif kajian lapangan ini adalah seperti berikut:

OBJEKTIF PROGRAM

1. Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan
2. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
3. Mengenali dan menilai potensi diri insan guru dari aspek potensi diri, personaliti kerjaya, dan citra diri insan guru.
4. Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.
5. Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadah dan hidup berbakti.
6. Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.
7. Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.

24 September 2010
Pada hari pertama lawatan kami, acara telah bermula jam 7.30 pagi lagi. Sesudah selesai bersarapan, kami telah dikehendaki untuk berkumpul di hadapan Dewan Bendahara bagi mendengar taklimat ringkas dari penyarah Pembimbing kami pada hari itu iaitu En.Rashid Bin Mohamad.Saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pengankutan telah dipertanggujawabkan untuk memastikan perjalanan bertolak dan pulang guru-guru pelatih adalah dalam keadaan terkawal. Kami ke destinasi iatiu Bukit Keluang dengan berjalan kaki sejauh satu kilometer. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Jalan kaki adalah pilihan kami kerana ia bersesuaian dengan tema lawatan kami yang mementingkan penjagaan alam sekitar. Maka tiada pencemaran akan berlaku di samping dapat mengeluarkan peluh. Ia juga dapat memupuk rasa kekitaan apabila kami secara beramai-ramai telah berjalan kaki untuk menuju ke satu destinasi dan matlamat yang sama.
Sesampainya kami di pantai, taklimat ringkas tentang aktiviti telah diterangkan agar aktiviti yang akan dijalankan berjalan dengan baik mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Kami dikehendaki mengenalpasti tumbuhan- tumbuhan yang berada di stesen-stesen yang telah ditetapkan dengan mengetahui kegunaanya sekali. Dengan ditemani pensyarah pembimbing , kami bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain sambi mendengar penerangan beliau.
Segala tumbuhan yang dikaji adalah tumbuhan yang basa kami lihat tetapi apa yang menariknya, kami belum pernah menggunanya. Setelah mendengan mendengar peneranagan pensyarah, barulah saya mengetahui rupanya tumbuhan-tumbuhan ini mempunyai banyak kegunaan Saya agak teruja memndengar kehebatan alam ciptaan tuhan ini yang setiap satuya mempunyai fungsi yang tersendiri.
Segala maklumat itu tidak disia-siakan. Kami mencatitinnya dan akan dibuat kajian apabila sampai di institute nanti. Bagi yang membawa kemera, mereka tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar tumbuhan yang dikaji. Segala maklumat dan data yang dikumpul adalah seperti berikut.

Stesen 1

Balik Angin (Mallotus Lour)
Kegunaan daun pokok ini adalah sebagai ubat pupuk rawat mulas perut. Cecair daun ini boleh digunakan untuk merawat demam panas ibu bersalin.manakala air rebusan daun ini dapat merawat luka dan hentikan pendarahan.Bagi bijinya pula, ia digunakan untuk mengestrak lemak untuk kegunaan minyak pelita dan lilin. Batang pokok ini digunakan membuat bilah mancis. Manakala kulit sebagai fiber membuat tali, bekas penyimpanan makanan dan kertas. Batangnya dignakan sebagai medium penanaman cendawan “shiitake

Stesen 2

Batai Laut (Peltophorum Pterocarpum (DC.)
Air rebusan kulit diminum sebagai tonik, rawat masalah usus, sakit semasa dan selepas ibu bersalin.Air rebusannya juga dijadikan losen untuk merawat bisul, terseliuh, luka, bengkak, sakit mata dan sakit otot.Kegunaan daun poko ini, ia dijadikan makanan lembu. Manakala kayunya pula digunakan dalam pembuatan cabinet, kenderaan, perabot, papan dan bahan bakar.
Stesen 3

Bebuas (Premna L)
Air rebusan daun dan akar tumbuhan ini dapat dimnum untuk merawat demam panas.Akar direbus dan air rebusannya diminum untuk merawat sesak nafas.Pucuknya pula boleh dimakan sebagai sayur
Stesen 4

Beluntas Paya (Pluchea Indica L)
Kegunaan daun tumbuhan ini ialah merawat senteri dengan menumbuk daunnya dengan lumat, lalu cecairnya diperah untuk diminum.Daunnya dihancur dan digosok bersama alcohol untuk merawat sengal-sengal. Ia juga bolah digunakan sebagai air mandian untuk merawat penyakit kulit yang gatal dan boleh berjangkit. Selain itu, pokok ini boleh ditanam sebai tanaman hiasan.
Stesen 5

Bitanggor Laut (Calophyllum Inophylum L)
Akar tumbuhan ini boleh dibancuh sebagai teh herba dan airnya disapu pada mata yang bengkak. Manakala bijinya digunakan sebagai ubat sapu kulit gatal dan bisul. Daunnya boleh direndam semalam untuk ubat sakit mata. Kulit tumbuhan ini dapat direbus dan diminum untuk merawat faraj ibu bersalin.
Stesen 6

Kemuning ( Murraya Paniculata (L) Jack
Kegunaan daun, kulit kayu dan buah pokok ini dapat merawat penyakit kelamin, cacing dalam perut dan usus setelah merebusnya dan diminum. Daunnya dicampur dan diminum sebagai teh herba untk membetulkan kitar haid.

Stesen 7

Kenidai ( Bridelia Wild)
Daun tumbuhan ini direbus dan digunakan sebagai losen untuk merawat kulit gatal, sakit perut, mulas perut dan demam panas. Manakala buahnya pula boleh dijadikan peluru sumpitan buluh oleh kanak-kanak dalam permainan tradisional.

Stesen 8

Leban ( Vitex)
Akar tumbuhan ini boleh dibancuh sebagai teh herba untuk merawat mulas perut kanak-kanak. Bijinya pula direbus dan minum untuk mengatasi cacing dalam perut. Daun tumbuhan ini yang dapat dihancurkan dan cecair ditapis untuk merawat demam panas dan membuka selera makan. Manakala kayunya pula pada kebiasaanya digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak.

Stesen 9

Mata Pelandok (Ardisia SW)
Akar tumbuhan ini ditumbuk hingga lumat dan dibuat ubat pupuk untuk merawat buah zakar yang bengkak.Daunnya pula dihancurkan dan ditampal pada kulit yang mengalami kegatalan. Akarnya juga boleh ditumbuk lumat dan dibuat ubat pupuk merawat bengkak di leher, retak atau ulser di kaki. Bagi daunnya yang muda, ia boleh dimakan mentah atau juga boleh dimasak sebagai lauk untuk dimakan.

Stesen 10

Mempari ( Pongamia Pinnata L. Pierre)
Estrak daun, kulit pokok dan biji tumbuhan ini boleh digunakan sebagai antiseptic untuk merawat penyakit kulit, reumatisme dan mencuci luka. Manakala kulit pokoknya pula ditumbuk dan ditampal di tempat sengatan ikan berbisa dan dijadikan ubat pupuk merawat kulit gatal.
Stesen 11

Menarong ( Trema Lour)
Kegunaan daun tumbuhan ini ialah, ia boleh dimakan untuk merawat sakit perut dan penyakit lain dalam perut. Kegunaan kayunya pula, ia boleh ditumbuk lumat dan dibuat ubat pupuk untuk merawat bengkak. Manakala daunnya, ia boleh digunakan sebagai makanan ternakan. Jika ia diambil dalam jumlah yang besat, ia boleh menyebabkan keracunan makanan bagi haiwan.

Stesen 12

Penaga ( Mesua Ferrea L)
Kegunaan biji tumbuhan ini jika ditumbuk lumat, ia boleh digunakan sebagai ubat pupuk kepada luka dan penyakit kulit. Daunnya pula ditumbuk lumat lalu ditampal pada bekas gigitan ular. Biji tumbuhan ini boleh diestrak untuk dijadikan minyak wangi dan bunganya digunakan sebagai pewarna dan menetapkan warna.
Stesen 13

Rhu Laut (Casuarina Equisetifolia)
Akar bagi pokok rhu ini boleh direbus dan diminum untuk merawat crit birit, disenteri dan sakit perut. Kulit pokoknya pula dibancuh sebagai teh herba dan diminum untuk mengecutkan rahim, merangsang haid. Pokok ini ditanam dengan bertujuan untuk menelakkan hakisan tanah ditepian pantai akibat dilanda ombak.Kayu bagi pokok ini boleh dijadikan arang.

Stesen 14

Sepetir (Sindora Miq)
Kulit pokok ini boleh dicampur bahan lain dan diminum sebagair teh herba untuk merawat batuk bronchitis, cirit birit dan disenteri. Manakala buahnya pula dijadikan jus untuk diminum oleh ibu yang baru lepas bersalin. Bijinya boleh dikunyah seperti sireh.Minyak pokok digunakan untuk menutup lubang terutama dicelah-celah sampan.

Stesen 15

Tapak Kuda (Ipomoea Pes-Caprae (L) R.BR
Kegunaan biji tumbuhan ini ialah, I boleh dikunyah bersama pinang dan cecairnya ditelan untuk merawat sakit perut dan kejang otot. Mnakala daunnya yang muda boleh ditampal dan diikat pada kaki yang luka, direbus dan digunakan sebagai ubat pupuk untuk merawat kulit terbakar atau melecur, mulas perut, dan bahagian sendi yang sakit. Air rebusan ubinya diminum untuk melawaskan buang air kecil, serta merawat penyakit pundi kencing.
Stesen 16

Pakis Tanduk Rusa (P. Wallihi)
Kegunaan tumbuhan ini ialah, daunnya perlu dihaluskan bersama campuran "adus, pulasari" serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak.
Stesen 17

Pokok Tunjuk Langit (Helminthostachys zeylanica)
Pucuk tumbuhan ini boleh dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Manakala batangnya yang tua pela dijadikan anyaman tikar. Rizom pada umbi tumbuhan ini digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik.

Stesen18

Pokok Semalu (Mimosa Pudica L)
Tumbuhan ini sebenarnya dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Daunnya boleh ditumbuk hingga luamat dan disapukan dikwasan yang bengkak.
Stesen 19

Pokok Duit-Duit (Pyrrosia piloselloides)
Pokok ini sering digunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah,pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan.Manakala Daunnya pula menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena.
Stesen 20

Pokok Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia)
Kegunaan buah tumbuhan ini ialah menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia kerana iamengandungi bahan "xeronine". Ia juga kaya bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Manakala daunnya membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan kerana mengandungi kandungan bahan anti pengoksidaan yang tinggi.
Stesen 21

Pokok Kapal Terbang (Chromolaena odorata / Eupatorium odoratum L.)
Kegunaan daun tumbuhan ini ialah, ia dijadikan sebagai ubat kepada luka-luka yang kecil. Ia juga digunakan oleh ibu-ibu mengandung untuk bertunku. Ia juga sering digunakan untuk meringankan batuk, demam,demam kuning, pendarahan dan sakit perut.
Setelah selesai melawat semua stesen yang tealh ditetapkan, Kami telah berhanti berehat untuk makan dan bersembhyang zohor. Terasa sedikit lega setelah beberapa jam penat berjalan.
Aktiviti diteruskan lagi dengan perbicangan kumpulan terhadap hasil dapatan kami sebentar tadi. Seperti minggu lepas, kami dikehendaki untuk berkongsi idea dan maklumat tentang flora dan fauna yang terdapat di Pantai Bukit Keluang ini. Banyak yang kami pelajari dari prosespembelajaran pada hari ini. Segala maklumat yang telah disampaikan sangat berguna dalam kehidupan terutamanya dalam perubatan.
Setelah selesai sesi perbincanagan kami telah diminta untuk berkumpul ditepi pantai unutk mendegar taklimat ari pensyarah pembimbing mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Sesi reflaksi telah diadakan bagi mengetahui tahap keberkesenan program yang telah dijalankan tadi.
Kami berangkat pulang dengan berjalan kaki. Walaupun dalam keadaa penat, kami gembira kerana nayak ilu yang diperoleh dan akitiviti yang dijalankan cukup memuaskan hati.
1 Oktober 2011.
Tepat jam 7.30 pagi, semua ahli Persatuan sains Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan telah berkumpul di hadapan dewan Bendahara untuk sekali lagi menjalani aktiviti kajian lapangan. Kali ini, kajian kami adalah berkaitan dengan flora dan fauna. Tempat yang dituju adalah sama seperti minggu lepas iaitu Pantai Bukit Keluang, Besut. Setelah memahami biodiversisiti di kawasan tersebut, hari ini, kami akan menjelajahi kawasan berdekatan dengan pantai tersebut untuk mengenali tumbuhan-tumbuhan dengan lebih dekat dan mengetahui kegunaannya.
Setelah selesai taklimat ringkas tentang perjalanan hari ini, kami sekali lagi berjalan kaki ke sepanjang kawasan pantai tersebut. Rasionalnya kami berjalan kaki pada hari ini adalah kerana memudahkan kerja kami untuk mengumpul data dari satu stesen ke stesen yang lain. Terdapat dua puluh stesen yang telah ditetapkan oleh para pensyarah pembimbing kami.
Sesampai kami di bukit keluang, taklimat akitiviti telah disampaikan oleh penyarah-penyarah pembimbing kami di samping kami me. Kami telah diperkenalkan dengan keadaan geografi di sini. Setelah banyak maklumat yang telah kami dapat dari pensyarah-pensyarah kami, sekarang tibalah pula masa untuk kami mendalami sendiri dunia biodiversiti di sekitar pantai Bukit Keluang, Besut ini. Seperti yang dapt kami lihat, terdabat bukit di tepi pantai ini yang jarang dapat kita lihat di mana-mana pantai di Malaysia ini. Struktur tanah ditepian pantai ini juga berpasir halus. Hidupan yang terdapat di sini ialah seperti serangga, siput laut, ketam pasir dan ikan.
Kami cuba untuk menagkap ketam, tetapi ia bergerak agak laju. Beberapa serangga besar seerti kumbang, rama-rama, pepatung dan juga serangga lain terdapat di kawasan bukit yang berhutan di tepi pantai ini. Bianatang buas tidak di temui.
Setelah penat menjalani aktiviti, kami berhenti rehat seketika untuk mengisi perut yang kosong. Kami makan beramai-ramai di kawasan berdekatan dengan aktiviti dijalankan. Setelah selesai makan, kami telah dibenarkan untuk solat zuhur secara berjemaah sebelum berkumpul sekali lagi.
Setelah cukup masa yang diberikan untuk menghilangkan segala penat lelah, kami diminta untuk membentuk beberapa kumpulan sendiri. Masing-masing diarahkan untuk mengeluarkan dapatan masing-masing untuk dibincangkan dalam kumpulan mereka. Masing-masing menunjukkan hasil yang telah mereka kumpul dan bertukar maklumat untuk diletakkan dalam buku dan fail individu. Idea-idea tentang biodiversiti di Pantai Bukit keluang dikongsi.
Selesai akitivi berkumpulan, taklimat penutup telah disampaikan oleh pensyarah pembimbing kami mengenai hasil dapatan. Kami berjalan pulang ke institut Pendidikan guru Kampus Sultan Mizan dengan membawa ilmu-ilmu yang telah kami perolehi di tepian Pantai bukit Keluang. Alhamdulillah, program yang kedua ini berjalan dengan baik dan membuatkan kami tidak sabar untuk menjalani aktiviti setterusnya pada minggu hadapan.












8 Oktober 2011
Hari terakhir kajian lapangan kami telah bermula pada pukul 7.30 pagi lagi. Semua guru pelatih yang terlibat telah menghadirkan diri di hadapan Dewan Bendahara bagi sesi taklimat yang di sampaikan oleh pensyarah yang bertugas. Taklimat ringkas perjalan hari ini mengambil masa lebih kuran gsepuluh minit.
Setelah kehadiran diambil, kami sekali lagi berjalan kaki menuju ke destinasi yang sama seperti minggu-minggu yang lalu dengan tujuan yang lain pula. Kali ini, program persatuan adalah gotong royong membersihkan kawasan pantai Bukit Keluang.
Kami sampai ke tempat yang dituju setelah setengah jam perjalanan. Sesampainya kami disana, pensyarah yang bertugas sekali lagi memberi penerangan tentang perjalan aktiviti pada hari ini.Kami dekehendaki megutip segala sampah yanf terdapat di tepian pantai tersebut.
Selesai taklimat, kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membersihkan tempat-tempat yang telah ditetapkan. Kumulan kami telah membersihkan kawasan tepi pantai berdekatan dengan bukit. Kami menuju ke kwasan yang telah ditetapkan bersama plastic sampah. Semua sampah dan behan-bahan buatan dipungut, Rumpai-rumpai yang terdapat di tepian pantai dan yang tersangkut dalam salira juga dibersihkan. Plastik makanan, kertas surat kabar, pembungkus makanan ringan, polisterin dan daun-daun adalah penyebab utama tempat ini dicemari. Jika ia dibiarkan, lama-kelamaan boleh menyebabkan pencemaran air dan akhirnya akan menggagu habitat biodiversity di Pantai Bukit Jeluan ini.
Segala bahan kitar semula seperti botol plastic dan kaca, tin minuman di pungut untuk di letakkan di dalam tong kitar semula. Kami juga ke sekitar kawasan penjajaan makanan. Segala sampah sarap yang berada di atas jalan dan tempat duduk awam dibersihkan. Sefala sampah yang telah dimasukkan kedalam plastic sampah telah dihantar ke tempat pembuangan sampah yang berdekatan. Kami memeriksa kawasan yang telah dibersihkan tadi untuk memastikan tiada sampah yang tertinggal. Setelah pasti, barulah kami bersedia unutk melakukan aktiviti seterusnya.


Setelah penat bergotong-royon besama rakan –rakan yag lain, saya dan rakan-rakan telah diberi kesempatan untuk berehat bagi menghilangkan segal kepenatn setelah bersama-sama mengerah tenaga. Dikesempatan ini, kami dibenarkan untuk megisi perut yang kosong dan bersembahayang zohor berjemaah. Kami makan di tepian pantai sambil mengirup udara yang segar. Ianya adalah sebagai terapi minda dan emosi setelah berpenat lelah menelaah pelajaran di Insitut tercinta.
Setelah hilang rasa kepenatan, program disambung lagi dengan aktiviti interaksi antara pelajar. Kami telah membentuk beberapa kumpulan dan diminta untuk membinvangkan masalah pencemaran ekosistem yang melanda negara ini. Segala maklumat dan idea-idea yang dijana dikongsi bersama. Salah satu punca untama yang dapat kami kesan ialah kesedaran rakyat Malaysia itu sendiri. Mereka tidak peka terhadap pencemaran alam kerana mereka tidak merasai dan menghargai kehadirannya. Mereka tidak mementingkan kebersihan alam walhal kebersihan diri mereka dijaga. Bagi mereka, satu sampah yang dibuang tidak dapat mencemarkan negara. Sedangkan kebersihan itu adalh sebahagian dari iman. Pensyarah pembimbing turut serta dalam memberi dan mencetus idea tentang isu yang telah dibincangkan. Segala dapatan dan maklumat dikongsi dengan kumpulan lain pada aktiviti seterusnya iaitu aktiviti pembentangan.
Setelah itu, upacara majlis penutupan telah berlansung kecil-kecilan. Kami telah menyediakan sedkit cenderamata untuk pensyarah-pensyarah pembimbing yang telah terlibat. Ianya sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka setelah berpenat lelah mengorbankan hari cutinya bersama kami.
Selesai sahaja majlis penutupan, kami dibenarkan untuk berangkat pulang. Dalam keadaan penat, kami berjalan berama-ramai menuju ke Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan mizan yang kami cintai. Sesungguhnya pengalamna sebegini tidak dapat dibeli dengan wang. Oleh itu, saya begitu besyukur kerana berpeluang menyertai aktiviti sebegini dan segala pengalaman yang dilalaui tidak akan saya lupakan. Saya juaga berharap ia dapat dianjurkan pada guru pelatih yang lain agar meraka juga rasa apa yang kami perolehi di sini.
















REFLEKSI
Assalamualaikum…Pertama dan selamanya, saya memanjatkan jutaan rasa sjukur ke hadrat Ilahi untuk segala-galanya. Pada semester kali ini, WAJ 3113 telah menjadi salah satu subjek wajib unit sains bagi memenuhi syarat kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Persatuan Sains Semester 6 bermatlamat melahirkan guru –guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan yang tinggi dan aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk mengadakan satu kajian lapangan berkenaan alam sekitar. Alhamdulillah, kami telah berjaya menjalani program tesebut degan baik.
Dalam program persatuan Sains ini, terdapat banyak perkara yang dapat dipelajari oleh setiap peserta. Antaranya ialah kemahiran menguruskan dan mengendali sesuatu program,. Hal ini mengajar kami erti tanggujawab dan nilai kerjasama dalam menjayakan suatu kerja. Setiap guru bpelatih telah diberi tanggujawab yang tertentu dalam persatuan ini mahupun dalam program yang dijalankan. Kami mempunyai tugas masing-masing yang perlu diurus. Dari sini, kami pelajari betapa pentingnya tanggungjawab dan amanah yang telah diberi. Jika kami telah menunaikannnya, maka program yang dikendalikan akan tergedala.
Tanpa kerjasama, kami tidak dapat membuat persediaan dan menjalani aktiviti yang ditetapkan denga baik. Dengan kerjasama, kami dapat merancang dan mengenal pasti masalah sebelum, semasa dan selepas program. Segala masalah yang dihadapi sama-sama diletakkan di atsa bahu semua ahli untuk diselesaikan. Nilai tanggujawab ini amat penting untuk dipupuk bagi melahirkan insane yang berdedikasi, cakna dan cemerlang bagi member jasa dan bakti kepada anak bangsa juga tanah air. Kita harus bekerjasam dalam apa jua bidang bagi memudahkan dan menjamin kelician kerja. Kerjasama antara kami membuahkan hasil apabila kami dapat merasai kemanisan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Setiap aktiviti yang dijalankan dalam program ini member manfaat dan pengertian dalam diri setiap peserta. Dalam aktiviti Interaksi antara pelajar yang dijalankan, para peserta dapat mengenal pasti tentang kelemahan dan kelebihan yang pada diri mereka.Setiap kelemahan akan diperbaiki dan kelebihan akan digunakan bagi menjadi guru pada masa hadapan. Para peserta turut dapat mengenali diri mereka dan ini akan member peluang mereka untukmemperbaiki diri mereka.
Melalui aktiviti kajian lapangan ini para peserta dapat melihat dengan lebih dekat keindahan alam semulajadiciptaan Allah s.w.t. Ini akan member pengalaman yang amat berharga kerana sebelum ramai di antara kami yang belum pernah mendekati alam secara fizikal, hanya melihat denganoandangan kasar sahaja.. Program ini dpat menimbulkan kesedaran alam sekitar dalam diri kami. Secara tidak langsung mereka akan bersyukur dengan ciptaan Allah s.w.t ini dan akan cuba mencari langkah untuk memeliharanya.Antaranya ialah dengan menyampaikan ilmu alam sekitar kepada murid-murid di sekolah apabila kami sudah menjadi guru kelak.
Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk turut serta dan menyumbangkan tenaga bagi menjayakan program ini.. Masalah demi masalah dihadapi dengan cara tertentu. Saya juga bersyukur kerana dapat menyiapkan laporan ini dala mmasa yang telah ditetapkan. Banyak pengajaran yang diperolehi dari penglibatan persatuan ini ini, antaranya, setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan masa itu sendiri. Saya cukup berharap agar laporan ini dapat diterima seadanya.
Disini saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyarah Persatuan Sain yang telah bersusah payah member tunjuk ajar dan bakti dalam menjana daya dan gerak kerja persatuan ini.Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli Persatuan Sains Institut Pendidikan Guru Kampus sultan mizan yang sanggup memberikan tunjuk ajar dan kerjasama tanpa mengharapkan balasan. Terima kasih.
SAYED MIZANUDDIN BIN SAYED MOHAMAD
890128-11-5497