Laporan Kandungan Pembelajaran Pedagogi
Aktiviti:
Pembentukan Gunung Berapi
1.0 Pengenalan
Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.
.
BAHAGIAN GUNUNG BERAPI:
1
Kamar magma besar
8
Sisi
2
Batu dasar
9
Lapisan lava dari gunung berapi
3
Penyalur (Conduit)
10
Tengkuk
4
Asas
11
Kon parasit
5
Sill
12
Aliran lava
6
Paip cabang
13
Bukaan
7
Lapisan abu dari gunung berapi
14
Kawah
15
Kepulan abu
Gunung berapi terbentuk hasil daripada batu-batan cair yang terkumpul di bawah kerak bumi. Keadaan suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi menyebabkan batu-batan menjadi cair. Batu-batan cair ini dikenali sebagai magma.
Kebanyakan magma terbentuk kira-kira 80km hingga 160km di bawah permukaan bumi. Magma yang panas akan naik ke permukaan bumi kerana tekanan dan kurang tumpat daripada batu disekitarnya. Magma mengalir keluar ke permukaan bumi melalui rekahan atau lohong gunung berapi dikenali sebagai lava.
Aliran Lava
Kebanyakan gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat. Ahli sains telah mengemukakan teori plat tektonik untuk menjelaskan proses pembentukan gunung berapi.
Gunung berapi boleh terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat. Pertembungan ini menyebebkan salah satu plat terjunam ke bawah plat yang lain. Zon terbenam ini akan menjadi cair kerana suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi. Bahagian cair ini menambah magma di mantel dan seterusnya mengalir keluar ke permukaan bumi menjadi gunung berapi.
Gunung berapi juga terdapat di zon permatang tengah lautan. Perebakan dasar laut berlaku apabila magma naik menolak litosfera ke arah yang bertentangan. Lava ini akan membentuk dasar laut sebagai permatang tengah laut. Gunung berapi di Iceland merupakan jenis pembentukan ini.
Sebahagian gunung berapi terbentuk di tengah plat, jauh dari sempadan plat seperti Kepulauan Hawaii. Ahli sains menjelaskan bahawa tonggak batuan mantel yang dipanaskan dan naik secara perlahan ke permukaan bumi. Kenaikan magma ke permukaan bumi dianggarkan 13 cm hingga 15 cm setahun. Apabila kepulan magma naik sampai ke permukaan bumi, gunung berapi akan terbentuk. Proses pembentukan gunung berapi ini dipanggil titik panas (hotspots). Rajah di bawah menunjukkan ketiga-tiga pembentukan gunung berapi.
Contoh gambar pembentukan gunung berapi:
2.0 Objektif Aktiviti
Sebelum pelaksanaan aktiviti, saya telah menggariskan beberapa objektif yang menjadi matlamat daripada pelaksanaan aktiviti iaitu untuk:
2.1 Mendapatkan maklumat mengenai gunung berapi serta pembentukannya.
2.2 Mengetahui konsep peletusan gunung berapi.
2.3 Melakukan simulasi mengenai pembentukan gunung berapi.
2.4 Melakukan kesimpulan daripada simulasi tersebut.
3.0 Alatan dan Bahan yang digunakan:
Antara alatan dan bahan yang diperlukan untuk pembentukan gunung berapi adalah:
Jenis Alatan
Bilangan/ Kuantiti
Pemanas Air
1 Buah
Botol Cuka
1 Botol
Silinder Penyukat
1 Buah
Sudu
1 Batang
Bikar
1 Buah
Jenis Bahan
Bilangan/ Kuantiti
Serbuk Penaik
1 Botol Kecil
Cuka
1 Botol Kecil
Tanah Liat
2 Buah
Tepung
1 Kampit
Minyak masak
1 Botol Kecil
Cecair detergent
1 Bekas kecil
Pewarna
1 Bekas kecil
4.0 Kaedah Pembuatan Gunung Berapi:
Sebelum pembuatan gunung berapi, kami telah mengekses internet dan melihat cara-cara pembuatan gunung berapi yang efektif dan berkesan. Cara-caranya adalah:
1. Satu adunan garam telah dicipta dimana ia melibatkan pencampuran 6 bekas kecil tepung, 2 bekas kecil garam, 4 sudu minyak masak, 2 bekas kecil air kedalam bekas besar bersama-sama. Kemudian, ia adunankan bersama-sama sehingga adunan tersebut menjadi lembut dan kukuh. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, sedikit pencampuran air diperlukan.
2. Seterusnya, adunan tersebut disalutkan disekeliling botol cuka dan adunan tersebut telah direka untuk menjadi sebuah gunung berapi. Adunan tersebut dipastikan tidak menutup muka botol cuka atau tidak terjatuh di dalam botol tersebut
3. Air dipanaskan selama 5 minit dan dimasukkan ke dalam botol cuka bersama-sama dengan bahan pewarna (warna merah dipilih). Air dalam botol cuka tidak dibiarkan menyejuk.
4. Kemudian, 6 titik cecair detergent dimasukkan ke dalam botol cuka tersebut.
5. Seterusnya, 2 sudu serbuk penaik dimasukkan ke dalam botol cuka tersebut..
6. Akhir sekali, cuka dituangkan segera secara perlahan-lahan ke dalam campuran.
Kaedah Pemerhatian:
.